19 SEPTEMBER (ISNIN)

Majlis Bacaan Yasin dan Doa serta Majlis Penyerahan Jersi Kepada Pasukan Bola Sepak Majlis Daerah Yan Sempena Kejohanan Sukan Bola Sepak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah Tahun 2022 telah diadakan di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah Darul Aman.

Majlis tersebut dimulakan dengan Solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Encik Abd. Hamid bin Saad, Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan dan disusuli dengan Bacaan Yassin serta Doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Nizam bin Mohd Noh, Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi motivasi dan kata-kata semangat oleh YB Ustaz Mohd Sabri bin Azit, Ahli Parlimen Jerai dan seterusnya solat Isyak secara berjemaah yang diimamkan oleh YB Ustaz Mohd Sabri bin Azit, Ahli Parlimen Jerai.

Seterusnya, semua tetamu dijemput ke jamuan makan malam. Majlis dimulakan dengan penyampaian ucapan dan amanat oleh Tuan Mohammad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK. Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi penyampaian jersi serta sesi memperkenal jersi rasmi Pasukan Bola Sepak Majlis Daerah Yan.

Kedua-dua sesi tersebut disempurnakan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan. Majlis tersebut turut diserikan dengan sesi pemakaian ‘captain armband’ kepada Ketua Pasukan Bola Sepak Majlis Daerah Yan, Encik Mohd Rizal bin Ahmad.Pasukan Bola Sepak Majlis Daerah Yan akan menghadapi Pasukan Bola Sepak Majlis Daerah Pendang pada jam 8.00 pagi dan Pasukan Bola Sepak Majlis Daerah Sik pada jam 11.00 pagi dalam perlawanan peringkat kumpulan di Padang Bola Sepak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling pada 20 September 2022 (Selasa).

Turut hadir dalam majlis ringkas tetapi bermakna tersebut ialah Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, YB Ahli Parlimen Jerai, Tuan Setiausaha Majlis Daerah Yan, Tuan Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) PDT Yan, Ahli-ahli Majlis Daerah Yan, Ketua-Ketua Jabatan dan Unit Majlis Daerah Yan.Semoga Pasukan Bola Sepak Majlis Daerah Yan dapat mengaharungi cabaran dan memperoleh kejayaan dalam Kejohanan Sukan Bola Sepak PBT Negeri Kedah Tahun 2022.

Skip to content