19 SEPTEMBER 2022 (ISNIN)

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) MDY Bil. 8 Tahun 2022 yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., ini telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah, Baling, Kedah.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan Tuan YDP Pengerusi dan disusuli agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC MDY Bilangan 7 Tahun 2022 yang diadakan pada 17 Ogos 2022 yang lalu serta pembentangan laporan maklum balas perkara-perkara berbangkit dari minit mesyuarat tersebut.

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan kertas kerja bagi permohonan – permohonan baru.Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum Laporan Jumlah Dan Status Fail Permohonan Pelan-Pelan Pemajuan dan Pembentangan Untuk Pengesahan Kertas Pemakluman Permohonan / Pendepositan Bagi Tujuan Rekod PBT (Pendepositan CCC).

Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan Pemakluman Permohonan Permit (Kerja Ubah Suai Kecil).Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ahli-Ahli Majlis MDY (politik dan ex-officio), wakil-wakil jabatan / agensi teknikal, Ketua-Ketua Jabatan / Unit teknikal MDY dan urus setia Unit OSC MDY.

Skip to content