19 SEPTEMBER 2022 (ISNIN)

Mesyuarat – mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., bermula jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Baling.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan Tuan YDP Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit-minit Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDY Bilangan 7 Tahun 2022 yang diadakan pada 17 Ogos 2022 lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan laporan maklumbalas perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang lalu, perbincangan perkara-perkara baharu serta pembentangan kertas kerja dan laporan bulanan setiap jabatan MDY bagi bulan Ogos 2022.

Turut hadir dalam mesyuarat – mesyuarat ini ialah Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex officio), Ketua-Ketua Jabatan / Unit dan urus setia Majlis Daerah Yan.

Skip to content