MAJLIS PELANCARAN PELAKSANAAN INISIATIF TERIMAAN BAYARAN HASIL TANPA TUNAI (CASHLESS)

Sekitar Majlis Pelancaran Inisiatif Terimaan Bayaran Hasil Tanpa Tunai (Cashless) pada 22 September 2022. Majlis tersebut telah dirasmikan Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, DSDK., SDK., AMK., BCK., ASK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah barisan Ahli-Ahli Majlis MPSPK, Ahli-Ahli Majlis Ex-Officio, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian pelbagai jabatan dalaman MPSPK dan pihak media yang hadir membuat liputan.

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah adalah PBT pertama di Kedah yang melaksanakan kaedah pembayaran tanpa tunai yang akan berkuatkuasa pada 1 Oktober 2022. Tahniah juga diucapkan kepada Ahli-Ahli Majlis yang berjaya membuat penurunan tunggakkan cukai pintu tertinggi iaitu En. Mohd Fuaz bin Mohd Yusof dari Zon 9, En. Azham Shah bin Azlan dari Zon 8 dan seterusnya Puan Salmah binti Salleh dari Zon 3.

Skip to content