WORLD CLEANUP DAY

Khamis, 22 Sept 2022 – Seramai 14 orang terdiri daripada 12 orang wakil MBAS dan 2 orang wakil SWCorp Kedah telah terlibat di dalam aktiviti pembersihan kawasan sebagai menyahut seruan kebersihan melalui program ‘World Cleanup Day’ di pesisiran Terusan Wan Mat Saman. Program ini meliputi aktiviti litter picking, pemotongan rumput dan dahan serta pengauditan sisa pepejal.
Hasil daripada aktiviti-aktiviti tersebut berikut adalah data yang telah dikumpul sesudah pengauditan sisa selesai :
 
1. Sisa plastik (rigid) – 5 bungkusan plastik bersaiz S
2. Sisa kaca & seramik – 8 bekas kaca
3. Sisa tin (non ferrous) – 1 bungkusan plastik bersaiz S
4. Sisa getah & fabrik – 3 unit
5. Sisa pelitup muka – 9 unit
6. Sisa e-waste (kabel komputer) – 1 unit
7. Sisa kotak – ketebalan 10 cm
8. Sisa plastik foam – 1 bungkusan plastik bersaiz L
9. Sisa tidak boleh dikitar semula – 7 bungkusan plastik bersaiz L
10. Sisa kebun – lebih kurang 150kg
 
Skip to content