PERASMIAN PROGRAM KARNIVAL SEJAHTERA PRIHATIN NEGARA
(FUN RUN CARNIVAL & FUN RIDE CARNIVAL SEJAHTERA)

Sekitar Program Karnival Sejahtera Prihatin Negara yang telah berlangsung pada 23 September 2022. Program telah dimulakan dengan acara Kayuhan dan Larian Santai yang bermula di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah.

Turut hadir dan menyertai acara tersebut ialah Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Haji Azumu, Menteri Belia dan Sukan, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Noor, Menteri Besar Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Dato’ Haji Norizan bin Khazali, DSDK., AMK., BCK, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dr Robert Ling Kui Ee, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina, Yang Berhormat Dato’ Haji Isahak bin Murat, DSSS., SDK., AMK., BCK, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Md Shuhaime bin Abdul Rahman, PJN., AMK., BCK., ASK., Pegawai Daerah Kuala Muda, Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, DSDK., SDK., AMK., BCK., ASK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah dan dif-dif kehormat bersama para peserta yang lain.

Pelepasan acara kayuhan dan larian santai telah disempurnakan oleh Datuk Md Shuhaime bin Abdul Rahman, PJN., AMK., BCK., ASK, Pegawai Daerah Kuala Muda. Program pada pagi tersebut juga diteruskan dengan ucapan dan kata-kata semangat daripada Menteri Belia dan Sukan dan seterusnya telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Noor, Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Skip to content