21 – 22 SEPTEMBER 2022 (RABU – KHAMIS)

Bengkel ini diadakan pada jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Seminar D’Yan Chalet, Titi Hayun, Yan dan dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan Pengerusi dan diteruskan dengan pembentangan draf Bajet 2023 Majlis Daerah Yan.Draf Bajet 2023 ini adalah untuk memastikan penyediaan bajet disediakan menepati keperluan-keperluan MDY dengan mengambilkira keupayaan kewangan Majlis Daerah Yan berdasarkan garis panduan dan peraturan-peraturan yang telah dikeluarkan oleh Agensi Pusat seperti Perbendaharaan Malaysia dan KPKT.

Selain itu juga, draf bajet 2023 ini merangkumi dua dasar iaitu Dasar Baru dan ‘One-Off’.Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah mengenai anggaran hasil MDY (hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil) dan juga anggaran perbelanjaan merangkumi perbelanjaan mengurus, emolumen, perkhidmatan dan bekalan, aset, pemberian dan kenaan bayaran tetap, lain-lain perbelanjaan dan anggaran perbelanjaan pembangunan.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Tuan Setiausaha MDY, Ketua-Ketua Jabatan / Unit MDY serta urusetia Jabatan Perbendaharaan MDY.

Skip to content