22 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS)

MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PERANCANGAN PEMBANGUNAN, INFRASTRUKTUR, PENGINDAHAN & PELANCONGAN, MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN, HASIL & PENTADBIRAN, MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP KESIHATAN, PELESENAN & KEMUDAHAN AWAM MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 9 TAHUN 2022.

Mesyuarat tersebut diadakan secara hibrid (bersemuka dan secara atas talian) dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, En. Mohd Fauzul Fitri Bin Dato’ Haji Abdul Rahman., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan daripada pengerusi yang memaklumkan bahawa beliau telah menerima lantikan rasmi daripada pihak SUK, Kedah berhubung penanggungan tugas bagi menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu dan Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu sehingga kekosongan jawatan tersebut diisi semula oleh sebab persaraan wajib Dato’ Hj Rohaizad bin Rashid., DSDK., SDK., AMK., BCK pada 5 September 2022 yang lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan menerima dan mengesahkan Minit-minit Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDBB Bilangan 8 Tahun 2022 yang diadakan pada 17 Ogos  2022 lalu.

Mesyuarat diteruskan lagi dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang lalu, perbincangan perkara-perkara baru serta pembentangan kertas kerja dan laporan bulanan setiap bahagian bagi bulan Ogos 2022.

Turut serta dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan ex officio) dan Ketua-ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu.

Skip to content