22 SEPTEMBER 2022 (AHAD)

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) BILANGAN 9 TAHUN 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pusat Setempat (OSC) Bilangan 9 Tahun 2022 telah diadakan secara hibrid (bersemuka dan secara atas talian) melalui aplikasi Google Meet dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, En. Mohd Fauzul Fitri Bin Dato’ Haji Abdul Rahman., BCK. 

Mesyuarat dimulakan dengan aluan daripada pengerusi yang memaklumkan bahawa beliau telah menerima lantikan rasmi daripada pihak SUK, Kedah berhubung penanggungan tugas bagi menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu dan Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu sehingga kekosongan jawatan tersebut diisi semula oleh sebab persaraan wajib Dato’ Hj Rohaizad bin Rashid., DSDK., SDK., AMK., BCK pada 5 September 2022 yang lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 08 Tahun 2022 yang diadakan pada 17 Ogos 2022 lalu serta perbincangan perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan empat Permohonan Kebenaran Merancang, satu Cadangan Mendirikan, satu Cadangan Pembinaan, satu Cadangan Pelan Bangunan dan pembentangan Bilangan Permohonan dan Selesai mengikut Jenis Permohonan dan Tempoh Piagam di Majlis Daerah Bandar Baharu bagi tempoh 01 Januari 2022 hingga 21 September 2022.

Turut serta dalam mesyuarat ini secara atas talian dan bersemuka adalah Tuan Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis MDBB dan Ex-Officio, wakil-wakil jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian / Unit MDBB berkaitan.

Skip to content