15 SEPTEMBER 2022 | KHAMIS

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN WARGA KERJA MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU DENGAN KERJASAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH BANDAR BAHARU.

Program tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKKP) Majlis Daerah Bandar Baharu Dengan Kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu. Program ini diadakan bagi memastikan kesihatan warga kerja MDBB diutamakan supaya kesihatan warga kerja MDBB  berada dalam keadaan yang baik untuk melaksanakan tugasan harian.

Program tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Setiausaha JKKKP, MDBB  kepada warga kerja yang terlibat dan diteruskan dengan taklimat ringkas mengenai Saringan Kesihatan daripada Pegawai Perubatan, Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu.

Turut serta bagi menjayakan program tersebut 4 petugas daripada Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu, Urusetia JKKP iaitu daripada Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat, MDBB, Ketua Bahagian dan Unit MDBB.

Program tersebut wajar diteruskan setiap tahun bagi memastikan Kebajikan, Keselamatan dan Kesihatan Warga Kerja MDBB diutamakan supaya tugasan harian dapat dilaksanakan dengan baik dan komited.

Skip to content