SESI PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG PERTANDINGAN GAMBAR PATRIOTIK MBAS 2022

27 September 2022 – Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan TAHNIAH kepada para pemenang Pertandingan Gambar Patriotik 2022. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Dipertua Kelab Majlis Bandaraya Alor Setar, Tuan Haji Md. Nayan Bin Bahari, AMK., BCK. di Ruang Legar, Aras 8, Menara MBAS. Turut hadir bersama pengerusi Biro Rekreasi, Kebudayaan dan Pelancongan, En. Muhamad Azli Bin Abdul Mutalib, Pengerusi Biro Hal Ehwal Veteran, En. Zolkifli Bin Haji Ibrahim., BKM. serta semua Ahli AJK Biro Rekreasi, Kebudayaan dan Pelancongan. Berikut adalah senarai pemenang Pertandingan Gambar Patriotik 2022 :
 
🥇TEMPAT PERTAMA
Muhamad Hafiz Bin Azizan
Bahagian Teknologi Maklumat, MBAS
(Hadiah Wang Tunai sebanyak RM 200.00 serta Sijil Penghargaan)
 
🥈TEMPAT KEDUA
Nor Shaziroh Binti Abdul Aziz
Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MBAS
(Hadiah Wang Tunai sebanyak RM 150.00 serta Sijil Penghargaan)
 
🥉TEMPAT KETIGA
Siti Hazirah Binti Mohd Noor
Bahagian Penilaian, MBAS
(Hadiah Wang Tunai sebanyak RM 100.00 serta Sijil Penghargaan)
____________________________________________
PEMENANG KATEGORI ‘LIKE’ TERTINGGI
🏅Muhammad Hafiz Azizan
Bahagian Teknologi Maklumat, MBAS
(Hadiah Wang Tunai Sebanyak RM 50.00 serta Sijil Penghargaan)
🎉🎊TAHNIAH SEMUA PESERTA!!!🎉🎊
 
Skip to content