PANTAI CENANG MEKAR BERSERI

Landskap di Pantai Cenang kini diserikan lagi dengan pemasangan 30 buah 𝘴𝘱𝘰𝘵𝘭𝘪𝘨𝘩𝘵 (lampu limpah) di sepanjang persisiran dan juga di Dataran Cenang. Inisiatif pemasangan 𝘴𝘱𝘰𝘵𝘭𝘪𝘨𝘩𝘵 ini adalah untuk memenuhi keperluan orang ramai terhadap pengcahayaan malam di pantai yang dapat membentuk adegan malam yang harmonis dan indah. Sudah pasti dengan adanya kemudahan ini dapat meningkatkan tahap keselamatan, seni landskap serta jiwa kebudayaan dan pelancongan kepada masyarakat awam.

Skip to content