28 September 2022 – Majlis Perbandaran Kulim, Kedah, pada hari ini telah melancarkan Kulim Smart Parking bertempat di Pusat Perniagaan Seraya, Kulim. Aplikasi Kulim Smart Parking merupakan hasil kolaborasi antara Majlis Perbandaran Kulim, Kedah (MPKK) bersama syarikat HeiTech Padu Berhad untuk mengoperasikan Sistem Tempat Letak Kereta (TLK) Pintar yang meliputi 7,000 TLK di bawah bidang kuasa MPKK.

Orang awam boleh menggunakan aplikasi pintar ini untuk membuat transaksi berkaitan tempat letak kereta (TLK), termasuklah pembayaran TLK dan pembayaran pas bulanan TLK. Kulim Smart Parking ini merupakan salah satu inisiatif ‘quick win’ yang menyokong agenda pembangunan Bandar Kulim ke arah Bandar Pintar (Smart City). Inisiatif yang serba baharu daripada segi pembangunan dan infrastruktur tersebut turut mengajak orang ramai untuk membudayakan teknologi di dalam urusan kerja dan kehidupan seharian.

Situasi Ini akan memudahkan lagi para pengguna dengan membolehkan transaksi-transaksi dibayar mengggunakan e-wallet, sekaligus menjimatkan masa pengguna. Beliau turut menyatakan bahawa berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan bermula pada bulan Jun yang lalu, majoriti responden bersetuju bahawa bayaran letak kereta secara atas talian menggunakan telefon pintar adalah lebih mudah berbanding bayaran secara tunai.

Pada majlis tersebut, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada penduduk Kulim dan orang ramai yang sudi memberikan pandangan dan cadangan yang membina agar pihak MPKK terus menambah baik penyampaian perkhidmatan MPKK dari semasa ke semasa. 2 Turut menghadiri majlis pelancaran pada hari ini merupakan Naib Presiden Eksekutif HeiTech Padu Berhad, En Abdul Halim Md Lassim yang menyambut baik dan memberi tanda sokongan terhadap aspirasi pihak MPKK, beliau menyatakan bahawa inisiatif MPKK bagi merealisasikan Bandar Kulim sebagai sebuah bandar pintar melalui transformasi budaya teknologi dalam kehidupan seharian ini akan didokong melalui usaha pengoperasian lebih kurang 7,000 TLK di dalam Bandar Kulim akan diuruskan dengan sebaik mungkin.

Sebagai rakan strategik inisiatif Kulim Smart Parking dan sebagai pemacu kepada usaha-usaha transformasi digital badan-badan kerajaan, pihak HeiTech Padu Berhad akan memastikan mutu perkhidmatan untuk menggerakkan sistem Kulim Smart Parking dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin, bagi menyahut aspirasi dan identiti Kulim sebagai Bandar Industri Berteknologi Tinggi. Aplikasi Kulim Smart Parking akan tersedia di platform-platform tertentu secara berperingkat bermula penghujung Bulan September 2022 dan penggunaan penuh akan dimulai pada awal Bulan Oktober 2022.

Kulim Smart Parking
#barulahsmart
#KedahProduktif
#kedahdigital
#KulimSmartParking
#MajlisPerbandaranKulim

*Kaunter KSP akan beroperasi setiap Ahad – Khamis jam 11:00 pagi – 2:00 petang di Kaunter Majlis Perbandaran Kulim.

Sekiranya anda masih mempunyi kupon parking yang belum digunakan , sila tukarkan  dengan Credit eWallet KSP.

Skip to content