27 September 2022 – Seminar Pemantapan Sistem Penyampaian Proses Dan Prosedur Cadangan Pemajuan Pihak Berkuasa Tempatan Zon Utara (Kedah, Pulau Pinang dan Perlis) Tahun 2022 yang julung kalinya diadakan di Grand Ballroom, Kulim Golf & Country Resort. Seminar tersebut dihadiri seramai 250 peserta dari pelbagai Agensi Teknikal Dalaman PBT dan Agensi Teknikal Luaran serta badan-badan professional.

Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT memilih untuk bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) sebagai urusetia bersama bagi melaksanakan seminar yang penuh bermanfaat.

Ini merupakan tanda sokongan MPKK kepada JKT yang sentiasa berusaha menambah baik prosedur cadangan pemajuan yang secara tidak langsung membawa kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti di dalam sektor pembinaan dan pembangunan di negara kita.

Malaysia Productivity Corporation (MPC)
Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)
MyMudah
#KedahProduktif
#MajlisPerbandaranKulim
#pemudah
#MemacuProduktivitiNegara

Skip to content