Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Pembayaran Dalam Talian Melalui PBTPay

YBhg. Dato’/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), KPKT sedang menjalankan Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Pembayaran Dalam Talian Melalui PBTPay.

YBhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menjawab soalan kaji selidik sebelum atau pada 14 Oktober 2022. Di antara objektif kajian adalah untuk menilai kecekapan tadbir urus PBTPay dan mendapatkan input untuk penambahbaikan PBTPay pada masa depan. Segala perhatian dan kerjasama dalam menjayakan kajian ini amatlah dihargai.

YBhg. Dato’/Tuan/Puan boleh mengakses kepada borang soal selidik melalui pautan berikut:

https://bit.ly/3qLe0R0


Sekian. Terima kasih.

Urus setia Kajian PBTPay JKT

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content