8 OKTOBER 2022 (SABTU)

Sambutan Hari Sukan Negara 2022 (HSN22) Peringkat Daerah Yan telah berlangsung bermula jam 7.30 pagi bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, Yan, Kedah anjuran bersama Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Yan.

Program dimulakan dengan acara pelepasan fun ride oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan bersama YB ADUN Sg Limau, Penasihat Agama Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, wakil YB Ahli Parlimen Jerai, Pengetua SMK Dulang dan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan. Simbolik bunyian “airhond” menandakan pelepasan kayuhan funride bermula melibatkan jarak kayuhan 22 km bagi kategori terbuka yang disertai oleh seramai 100 orang peserta.

Program kemudiannya diteruskan dengan acara pelepasan Kayuhan Santai VIP yang disempurnakan oleh Yang Berhormat ADUN Sg Limau, Penasihat Agama Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, wakil YB Ahli Parlimen Jerai dan Pengetua SMK Dulang.

Kayuhan Santai VIP sejauh 10 km ini turut disertai oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Amila Binti Ahmad), para Ahli Jawatankuasa dan warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Ahli – ahli Majlis Daerah Yan, para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan Majlis Daerah Yan serta komuniti setempat.

Selain itu, pelepasan bagi acara fun walk turut dilaksanakan yang melibatkan penyertaan dari kalangan guru-guru dan para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, Yan. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan kepada semua peringkat lapisan masyarakat dan umur.Antaranya termasuklah aerobik jamming, pertandingan sukaneka kanak-kanak tabika, pertandingan timbang sepak raga tuju 1000 secara liga, pertandingan netball shootout dan memanah tradisional.

Selain itu, bagi memeriahkan lagi HSN22 Ya ini, aktiviti cabaran rapelling (turun dengan menggunakan tali dari ketinggian 5 tingkat) dan sesi mencuba pakaian bomba turut disediakan kepada para peserta yang ingin mencabar keyakinan dan keberanian diri di samping berpeluang merasai sendiri pengalaman sebagai anggota bomba bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Yan.

Tuan Pegawai Daerah Yan, Ahli – ahli Majlis Daerah Yan, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi serta para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan turut tidak melepaskan peluang untuk mencuba cabaran rapelling tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mencuba dan menamatkan cabaran tersebut dengan jayanya.Seterusnya, program HSN22 Yan diteruskan dengan acara Majlis Perasmian Hari Sukan Negara 2022 (HSN22) Peringkat Daerah Yan yang dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Kedah dan disusuli dengan bacaan doa dan persembahan seni mempertahankan diri.

Ia kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK.Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dan beliau turut menyempurnakan gimik perasmian HSN22 Yan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Amila binti Ahmad], Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha Majlis Daerah Yan [Encik Mohd Akmal bin Azimi], Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK.], Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) [Encik Mohammad Afifi Bin Mohammad], Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan, Pegawai Penerangan Daerah Yan, Penghulu-penghulu Mukim, Ahli-ahli Majlis Daerah Yan, Tuan Pengetua SMK Dulang, para warga kerja Pejabat Daerah Tanah Yan dan Majlis Daerah Yan, ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, para wakil jabatan / agensi Daerah Yan, para warga pendidik dan pelajar SMK Dulang dan urus setia HSN22 Yan dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan.

Sekalung penghargaan dan setinggi – tinggi ucapan terima kasih dirakamkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan, SMK Dulang, semua jabatan / agensi Daerah Yan yang terlibat serta para peserta dari PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan atas kerjasama padu dan komitmen tinggi yang diberikan dalam menjayakan Hari Sukan Negara 2022 (HSN22) Peringkat Daerah Yan yang menyasarkan penyertaan seramai 19700 orang peserta sepanjang tiga hari sambutan Hari Sukan Negara 2022 yang bermula dari 07 hingga 09 Oktober 2022 bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH SEMUA !!!

Skip to content