9 OKTOBER 2022 (AHAD)

Pertandingan ini diadakan pada jam 10.00 pagi dan disertai oleh 21 buah pasukan yang terdiri dari kanak – kanak Tadika dan PASTI yang berusia 4 – 6 tahun.

Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1444H ini bermula dari Dewan Masjid Al Wustho, Guar Chempedak dan berakhir di perkarangan Kompleks Perniagaan Guar Utama, Guar Chempedak, Yan, Kedah.Pertandingan perarakan ini berlangsung meriah dengan alunan salawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. oleh para tetamu jemputan dan pasukan – pasukan yang bertanding dengan diiringi oleh para guru pengiring masing – masing.Johan pertandingan ini ialah Kumpulan Al Mawardah yang menerima hadiah bernilai RM1500.00 dan hamper.

Manakala Naib Johan menjadi milik Kumpulan Ulya Syabab yang menerima hadiah bernilai RM1000.00 beserta hamper dan tempat ketiga disandang oleh Kumpulan Raihan yang menerima hadiah bernilai RM500.00 dan juga hamper.Semua hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh YB Ustaz Sabri Bin Azit, Ahli Parlimen Jerai.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ketiga-tiga pasukan tersebut dan semua pasukan yang bertanding atas penyertaan dalam pertandingan yang julung – julung kali diadakan ini.Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. Pegawai Daerah Yan merangkap YDP Majlis Daerah Yan, YBhg. Dato ‘Ir. Mohamad Noor Bin Abu Hassan, DBNS. (Timbalan Ketua Whip / Ahli Majlis MDY), YBhg.Ustaz Mohamad Nizam Bin Mohd Noh, PJK. (Ahli Majlis MDY / Imam Masjid Al Wustho), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) PDTY, Pegawai KEMAS Daerah Yan, wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan, Penghulu Mukim Yan, Penolong Pegawai Tadbir MDY, Pegawai Khas YB Ahli Parlimen Jerai dan wakil Pengurusan Kompleks Perniagaan Guar Utama.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada YB Ustaz Sabri Bin Azit (Ahli Parlimen Jerai) dan pihak pengurusan Kompleks Perniagaan Guar Utama atas inisiatif penganjuran pertandingan ini dengan kerjasama Majlis Daerah Yan (MDY), Jawatankuasa Kariah Masjid Al Wustho, Guar Chempedak serta jabatan / agensi Daerah Yan berkaitan yang membantu kelancaran dan kejayaan program ini.Setinggi – tinggi ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding, para guru pengiring serta ibubapa / waris atas komitmen tinggi dan kerjasama padu yang diberikan dalam memeriahkan program bersejarah dan penuh bermakna ini sempena sambutan Maulidur Rasul 1444H.

Skip to content