KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Sebut harga ini adalah di pelawa kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera sahaja yang berpengalaman serta berkelayakan di bawah kod bidang berkaitan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan MPSPK bagi mendaftar untuk menyertai kerja-kerja sebut harga berikut.

BIL. NO. SEBUT HARGA PROJEK SYARAT PENDAFTARAN TARIKH TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK
1. 13/2022
(LR)
Sebut Harga Membekal dan Menghantar Anak dan Benih Pokok Untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Kementerian Kewangan Malaysia
(Kod 070201)

Tarikh : 16 Oktober 2022

Masa : 9.00 pagi

Lokasi : Tapak Semaian MPSPK, Jalan Pegawai

Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 16 Oktober 2022 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Kontraktor dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dan Perakuan Kementerian Kewangan Kod 070201 serta satu salinan semasa membeli dokumen sebut harga.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 25 Oktober 2022, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri nama tawaran dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di alamat Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 10 Oktober 2022

Skip to content