10 OKTOBER 2022 (ISNIN)

Mesyuarat ini diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK, BCK. Pegawai Daerah Yan / Tuan YDP Majlis Daerah Yan.

Mesyuarat ini diadakan sebagai persiapan penganjuran Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2022 Peringkat Negeri Kedah yang dijadualkan berlangsung pada 05 November 2022 (Sabtu) bertempat di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Yan, Kedah.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan Pengerusi dan disusuli dengan Taklimat Cadangan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2022 Peringkat Negeri Kedah oleh TPr Muhammad Nasrul Hadi Bin Jukun Nain, Timbalan Pengarah (Korporat) PlanMalaysia Kedah.

Beberapa jawatankuasa ditubuhkan termasuklah Jawatankuasa Induk dan Penyelarasan Teknikal, Persediaan Tempat dan Logistik, Protokol dan Jemputan, Promosi dan Multimedia, Hadiah dan Cenderahati, Pertandingan, Kayuhan Santai, Sajian dan Pameran.Selain itu, beberapa anugerah juga akan disampaikan pada hari perasmian sambutan tersebut iaitu Anugerah Bandar Mampan Tahun 2021 Peringkat Negeri Kedah, Anugerah Bandar Bahagia Tahun 2021 dan Anugerah Bandar Berdaya Huni Tahun 2021.

Majlis Perasmian program tersebut juga bakal dimeriahkan dengan acara Kayuhan Santai ( _Fun Ride_), Pertandingan _Local Signature_ dan Pertandingan Mewarna Kanak – Kanak serta persembahan _choral speaking_ oleh para pelajar SMK Agama Yan.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah wakil Pengarah Pejabat Projek Zon Utara (PPZU), wakil Ketua Polis Daerah Yan, wakil Jurutera Daerah JKR Yan, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Yan, wakil Pegawai APM Daerah Yan, Pegawai RELA Daerah Yan, Penghulu Mukim Yan dan para pegawai urus setia dari PlanMalaysia Kedah.Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penganjur iaitu PlanMalaysia Kedah yang telah memilih Daerah Yan sebagai tuan rumah bagi menjayakan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2022 Peringkat Negeri Kedah.

Skip to content