05 Oktober 2022 –
Pulau Langkawi yang merupakan sebuah bandaraya pelancongan tentunya menjadi tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Hal ini demikian kerana Langkawi mempunyai keindahan alam semulajadi yang telah diakui seantero dunia.
Bagi mengekalkan keindahan alam yang sedia ada, semua warga masyarakat perlulah bersama-sama berganding bahu menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar. Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) juga tidak pernah lelah dalam melaksanakan sesuatu yang dirasakan perlu bagi memastikan keindahan Pulau Langkawi kekal terpelihara. Berikut adalah antara kerja-kerja yang sering dilaksanakan oleh kakitangan MPLBP itu sendiri bagi memastikan kawasan di sekitar Pulau Langkawi menjadi bersih, indah dan ceria supaya masyarakat dan pelancong yang hadir dapat tinggal di daerah yang selamat disamping menikmati keindahan Pulau Langkawi.
Skip to content