๐Ÿฐ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ โ€“ Majlis Perasmian Penutup Pembentangan Bersama Panel KPKT Semakan Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan Persekitaran di PBT anjuran CUEPACS telah berlangsung di Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP).
ย 
YBhg. Datuk Azhar bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan Dan Kesejahteraan Komuniti) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memberikan amanat dan ucapan perasmian penutup pada majlis ini. Turut menyerikan lagi majlis ini dengan kehadiran YBhg. Datoโ€™ Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS dan Yang Mulia Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, Yang Dipertua MPLBP.
ย 
Selain itu, taklimat ringkas hasil semakan penyampaian perkhidmatan Kesihatan Persekitaran di PBT turut diberikan oleh pihak urusetia untuk penambahbaikan dari segi kesediaan serta kepakaran dalam menyampaikan khidmat kepada masyarakat awam. Majlis berakhir setelah penyerahan sijil kepada semua ahli panel oleh YBhg. Datuk Azhar bin Ahmad. Manakala, pemberian cenderahati disampaikan oleh Yang Mulia Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah kepada YBhg. Datuk Azhar bin Ahmad dan YBhg. Datoโ€™ Haji Adnan bin Mat.
Skip to content