6 Oktober 2022
 
Pejabat YDP
MPLBP
Yang Dipertua dan Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan telah menerima kunjungan rasmi daripada Y.Bhg Dato’ Armishah Siraj, Mantan Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Kedah, di pejabat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan. Turut hadir bersama adalah Pengerusi Koperasi Komuniti Sukan Air Langkawi Berhad, Encik Ahmad Suhaimi Bin Ahmad Shapawi serta beberapa ahli jawatankuasa Koperasi berkenaan.
 
Pertemuan ini menfokuskan kepada isu-isu berkaitan dengan aktiviti sukan air dan keselamatan para pengunjung di pantai terutama pantai Chenang. Pihak Koperasi Komuniti Sukan Air Langkawi Berhad telah mencadangkan beberapa perkara dalam meningkatkan mutu perkhidmatan sukan air dan keselamatan di Pantai Chenang.
Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan sentiasa mengalu-alukan pendapat dan cadangan dari semua pihak dalam usaha memartabatkan imej pelancongan daerah Langkawi.
 
Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Armishah Siraj atas keprihatinan beliau dan kesudian beliau membantu sebagai pemudah cara antara pihak Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan dan masyarakat tempatan.
Skip to content