MESYUARAT “MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN” (MMK)

Sekitar Mesyuarat “Majlis Mesyuarat Kerajaan” (MMK) yang telah diadakan di ibu pejabat Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah pada 13 Oktober 2022. Mesyuarat telah dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Noor, Menteri Besar Kedah Darul Aman bersama barisan Exco–Exco Kerajaan Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Haji Norizan bin Haji Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Haji Isahak bin Murat, DSSS., SDK., AMK., BCK, Pegawai Kewangan Negeri Kedah dan para pegawai peringkat tertinggi yang lain.

Ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah telah disambut oleh YBhg. Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, DSDK., SDK., AMK., BCK., ASK, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK, Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani dan para pegawai dari Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah.

Skip to content