17 OKTOBER 2022 (ISNIN)

Mesyuarat – mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., bermula jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan.Mesyuarat dimulakan dengan aluan Tuan YDP Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit-minit Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDY Bilangan 8 Tahun 2022 yang diadakan pada 19 September 2022 lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan laporan maklum balas perkara berbangkit dari minit – minit mesyuarat – mesyuarat Jawatankuasa Tetap tersebut, perbincangan perkara baharu serta pembentangan kertas kerja dan laporan bulanan oleh setiap jabatan / unit MDY bagi bulan September 2022.

Selain itu, Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perancangan, Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengindahan MDY Bil. 9 Tahun 2022 turut mengambil maklum dan tiada ketegahan terhadap Permohonan Kebenaran Untuk Menjalankan Penyelidikan Arkeologi Di Tapak Bukit Choras, Yan, Kedah seperti dibentangkan oleh Dr Nasha Bin Rodziadi Khaw, Pensyarah Kanan, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Encik Ardi Asmera Bin Saeman, Pengarah Jabatan Warisan Negeri Zon Utara.Turut hadir dalam mesyuarat – mesyuarat ini ialah Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex officio), Ketua-Ketua Jabatan / Unit dan urus setia Majlis Daerah Yan.

Skip to content