17 OKTOBER 2022 (ISNIN)

Mesyuarat ini diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Dewan Masjid Al-Wustha, Guar Chempedak, Yan, Kedah dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. Mesyuarat dimulakan dengan aluan Pengerusi dan diteruskan dengan pembentangan oleh Encik Khairun Nizar bin Ismail, wakil pihak Darulaman Media & Events Sdn. Bhd (DME) berkaitan Cadangan Program Jelajah Kedah Sejahtera Daerah Yan 2022 yang akan diadakan pada 20 dan 21 Oktober (Khamis dan Jumaat) bertempat di Masjid Al-Wustha, Guar Chempedak, Yan, Kedah Darul Aman.

Mesyuarat kemudiannya mengambil maklum pelbagai program dan aktiviti yang akan diadakan sempena Program Jelajah Kedah Sejahtera Daerah Yan 2022 tersebut. Pada 20 Oktober 2022 (Khamis), Jelajah Kedah Sejahtera Daerah Yan 2022 dimulakan dengan program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma, demonstrasi gubahan, pertandingan mewarna, Himpunan Insan Sejahtera, program tukar minyak hitam, program Kesenian Islam dan aktiviti sukan rakyat.

Manakala pada sebelah malam pula, akan berlangsung program Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Dewan Masjid Al Wustha. Seterusnya pada 21 Oktober 2022 (Jumaat) pula, akan diadakan beberapa aktiviti / program termasuklah Kuliah Subuh, kayuhan santai / _Funride_ sejauh 10 km, Taklimat BPEN dan Peluang Kerjaya Kolar Biru dan Majlis Perasmian Jelajah Kedah Sejahtera bertempat di Dewan Masjid Al- Wustha, Guar Chempedak , Yan, Kedah yang bakal dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah dan diakhiri dengan Jamuan Rakyat dan Solat Jumaat.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah wakil YB Exco Penerangan Negeri Kedah, YB ADUN Sungai Limau, wakil YB ADUN Guar Chempedak, Ahli – ahli Majlis MDY, wakil Pengarah BPEN Kedah, wakil Ketua Setiausaha Sulit Kanan YAB Menteri Besar Kedah, wakil YDP Majlis Daerah Yan (MDY), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan ) PDTY / Setiausaha MDY, Tuan Imam Masjid Al Wustha, wakil Ketua Polis Daerah Yan, Ketua Bomba dan Penyelamat Yan, Ketua Bomba Dan Penyelamat Guar Chempedak, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Yan, Pengurus Giat Mara Jerai, Pegawai APM Daerah Yan, Pegawai Zakat Daerah Yan, Pegawai RELA Daerah Yan, wakil Jurutera Daerah JKR Yan, wakil Pegawai Agama Daerah Yan, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Yan, wakil Pengarah Hospital Yan, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan, wakil Pegawai Penerangan Daerah Yan, wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan, wakil Rektor UiTM Merbok, Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, para Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Al Wustha, ketua – ketua / wakil – wakil pelbagai jabatan / agensi Daerah Yan dan urus setia Pejabat Daerah dan Tanah Yan

Skip to content