ACARA PENAMAT PERINGKAT KE-6 LE TOUR DE LANGKAWI 2022

16 Oktober 2022 – Sorotan Foto di Acara Penamat Peringkat Ke-6 Le Tour de Langkawi 2022 yang telah diadakan di Dataran Medan Bandar, Alor Setar Kedah. Kayuhan peringkat ke-6 ini bermula dari Georgetown, Pulau Pinang ke Alor Setar, Kedah dengan jarak 120.4 kilometer.
Pelumba Erlend Blikra dari Uno-X Pro Cycling Team menjuarai peringkat keenam perlumbaan dari Georgetown ke Alor Setar dan berjaya menyarung jersi hijau PETRONAS “Best Sprinters” untuk peringkat keenam ini. Ivan Ramiro terus mengungguli Jersi Kuning PETRONAS selaku pendahulu bagi peringkat ini.
 
Keputusan penuh PETRONAS LTdL 2022 Peringkat 6 adalah seperti berikut:
 
🟡 Jersi Kuning PETRONAS
Ivan Ramiro (Movistar Team)
🟢 Jersi Hijau PETRONAS (“Best Sprinters”)
Erlend Blikra (UXT)
🔴 Jersi Merah PROTON (“Best Climbers”)
Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff (TSG)
⚪️ Jersi Putih KBS (“Best Asian Rider”)
Jambaljamts Sainbayar (TSG)
 
Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Dato’ Haji Norizan Bin Khazali, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Romani bin Wan Salin, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Haji Abdullah bin Hashim, Pegawai Daerah Kota Setar, YBhg. Dato’ Haji Zaid bin Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar. Turut hadir bersama adalah Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri, Pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan serta pihak pengurusan PETRONAS.
 
Skip to content