18 OKTOBER 2022 (SELASA)

MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PERANCANGAN PEMBANGUNAN, INFRASTRUKTUR, PENGINDAHAN & PELANCONGAN, MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN, HASIL & PENTADBIRAN, MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP KESIHATAN, PELESENAN & KEMUDAHAN AWAM MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 10 TAHUN 2022.

Mesyuarat tersebut diadakan secara hibrid (bersemuka dan secara atas talian) dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, En. Mohd Fauzul Fitri Bin Dato’ Haji Abdul Rahman., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan daripada pengerusi yang mengalu-alukan penyertaan semua Ketua Jabatan, Ahli Majlis dan Ketua Bahagian yang dapat hadir ke mesyuarat kali ini. Tuan Pengerusi juga memaklumkan bahawa YAB. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia akan mengadakan lawatan ke Daerah Bandar Baharu yang akan berlangsung pada 19 Oktober 2022 (Rabu) bertempat di Dataran Seri Serdang sempena Majlis Pelancaran Belia Daerah Bandar Baharu Tahun 2022.

Tuan Pengerusi juga memaklumkan pembubaran Parlimen telah dilaksanakan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Susulan pengumuman pembubaran itu, Pegawai Daerah Bandar Baharu akan terlibat secara langsung selaku Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Daerah Bandar Baharu. Sepanjang tempoh kempen berlangsung bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang, Tuan Pengerusi memohon semua Ahli Majlis lantikan politik tetap berperanan untuk membantu Majlis Daerah Bandar Baharu untuk menangani permasalahan atau aduan yang dibangkitkan oleh orang awam. Tuan Pengerusi juga berharap , Ahli Majlis lantikan politik dapat bekerja dengan harmoni serta menjaga reputasi Majlis Daerah Bandar Baharu dengan sebaik-baiknya.

Mesyuarat diteruskan dengan menerima dan mengesahkan Minit-minit Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDBB Bilangan 9 Tahun 2022 yang diadakan pada Khamis, 22 September 2022 lalu.

Mesyuarat diteruskan lagi dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang lalu, perbincangan perkara-perkara baru serta pembentangan kertas kerja dan laporan bulanan setiap bahagian bagi bulan September 2022. Akhir sekali, mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan doa dan salam. 

Skip to content