18 OKTOBER 2022 (SELASA)

 MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) BILANGAN 10 TAHUN 2022

Mesyuarat tersebut diadakan secara hibrid (bersemuka dan secara atas talian) dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, En. Mohd Fauzul Fitri Bin Dato’ Haji Abdul Rahman., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan daripada pengerusi yang mengalu-alukan penyertaan semua Ketua Jabatan, Ahli Majlis dan Ketua Bahagian yang dapat hadir ke mesyuarat kali ini. Tuan Pengerusi juga memaklumkan bahawa YAB. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia akan mengadakan lawatan ke Daerah Bandar Baharu yang akan berlangsung pada 19 Oktober 2022 (Rabu) bertempat di Dataran Seri Serdang sempena Majlis Pelancaran Belia Daerah Bandar Baharu Tahun 2022.

Tuan Pengerusi juga memaklumkan pembubaran Parlimen telah dilaksanakan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Susulan pengumuman pembubaran itu, Pegawai Daerah Bandar Baharu akan terlibat secara langsung selaku Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Daerah Bandar Baharu sepanjang tempoh kempen berlangsung bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang,

Tuan Pengerusi memohon semua Ahli Majlis lantikan politik tetap berperanan untuk membantu Majlis Daerah Bandar Baharu untuk menangani permasalahan atau aduan yang dibangkitkan oleh orang awam. Tuan Pengerusi juga berharap, Ahli Majlis lantikan politik dapat bekerja dengan harmoni serta menjaga reputasi Majlis Daerah Bandar Baharu dengan sebaik-baiknya.

Mesyuarat diteruskan dengan agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 09 Tahun 2022 yang diadakan pada 22 September 2022 lalu serta perbincangan perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan satu Permohonan Kebenaran Merancang, satu Cadangan Pelan Kerja Tanah, satu Cadangan Pelan Jalan dan Parit, tiga Cadangan Membina, satu Pelan permit Untuk Cadangan Mendirikan, satu Perakuan dan Pematuhan Siap (CCC) dan pembentangan Bilangan Permohonan dan Selesai mengikut Jenis Permohonan dan Tempoh Piagam di Majlis Daerah Bandar Baharu bagi tempoh 01 Januari 2022 hingga 17 Oktober 2022.

Turut serta dalam mesyuarat ini secara atas talian adalah Tuan Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis MDBB dan Ex-Officio serta wakil-wakil jabatan yang berkaitan.

Skip to content