Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia@Kedah) secara kolabratif bersama Majlis Daerah Yan dan Pejabat Projek Zon Utara akan menganjurkan Program Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2022 Peringkat Negeri Kedah pada 26 November 2022 (Sabtu) bertempat di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Yan, Kedah.

HPBS disambut pada 8 November setiap tahun di hampir 30 Negara di seluruh dunia untuk meraikan dan menghargai peranan Perancang Bandar dalam perancangan dan pembangunan khususnya ke arah mewujudkan persekitaran kehidupan yang berkualiti dan pembentukan masyarakat yang sejahtera. Sambutan HPBS telah menjadi agenda tahunan PLANMalaysia sejak tahun 1988 dengan pelbagai tema yang berkaitan dengan isu perancangan dan pembangunan semasa.

Tema sambutan pada tahun ini adalah ‘MALAYSIA BERDAYA HUNI : TRANSFORMASI BANDAR MASA HADAPAN’.Terdapat beberapa aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut seperti Penyampaian Anugerah Bandar Mampan Tahun 2021 Peringkat Negeri Kedah, Penyampaian Anugerah Bandar Bahagia dan Anugerah Bandar Berdaya Huni kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat serta beberapa acara terbuka untuk komuniti setempat.Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan HPBS 2022 ini.

Skip to content