31 OKTOBER 2022 (ISNIN)

MESYUARAT MAJLIS PENUH MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 10 TAHUN 2022

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Bandar Baharu Bilangan 10 Tahun 2022 dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Fauzul Fitri Bin Dato’ Haji Abdul Rahman., BCK. secara bersemuka bermula jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Bandar Baharu.

Mesyuarat dimulakan dengan mengesah dan meluluskan minit Mesyuarat Penuh Bilangan 9 Tahun 2022 bertarikh 29 September 2022, membincangkan perkara-perkara berbangkit, menerima ketetapan minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Bilangan 10 Tahun 2022 bertarikh 18 Oktober 2022 dan perbincangan hal-hal lain.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat yang hadir dan memberi komitmen yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan.

Turut hadir bersama di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex-Officio), Ketua-Ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu dan Urus Setia mesyuarat yang terlibat.

Skip to content