KENYATAAN TAWARAN MENAIK TARAF MEDAN SELERA KEPADA ENAM (6) UNIT GERAI, MD BANDAR BAHARU

Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Bandar Baharu, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri (CIDB).

Naskah dokumen tawaran boleh dibeli dengan harga RM50.00 bagi Kelas G2 daripada Bahagian Kejuruteraan, Projek dan Penyelenggaraan, Majlis Daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.

Lawatan tapak akan diadakan pada 08 November 2022 (SELASA) jam 9.30 pagi di Pejabat Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Dokumen tawaran yang telah dipenuhi dengan sempurna, hendaklah dimasukkan dalam sampul surat berlakri dan bertulis tajuk kerja atau nombor sebutharga di sebelah kiri sampul surat dan dihantar supaya sampai ke peti tawaran di Majlis Daerah Bandar Baharu, Kedah tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 15 November 2022 (SELASA). 

Maklumat lanjut berkenaan tawaran adalah seperti lampiran disertakan. 

Dengan Perintah

Tuan Yang Dipertua

Majlis Daerah Bandar Baharu

Serdang, Kedah Darul Aman

Skip to content