7 NOVEMBER 2022 (ISNIN)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menganjurkan 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐛𝐢𝐭𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐 yang bertemakan 𝐑𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐉𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠. 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐒𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚𝐩𝐮𝐧 𝐦𝐚𝐡𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐚𝐧 (𝐌𝐢𝐧𝐝 𝐭𝐡𝐞 𝐆𝐚𝐩. 𝐋𝐞𝐚𝐯𝐞 𝐍𝐨 𝐎𝐧𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐏𝐥𝐚𝐜𝐞 𝐁𝐞𝐡𝐢𝐧𝐝) yang telah diadakan pada 7 November 2022 (Isnin) pada pukul 2.15 Petang – 4.10 Petang bertempat di Dewan Kristal, Aras B1, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).Majlis ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sambutan Hari Habitat Sedunia merupakan sambutan peringkat global yang dianjurkan oleh semua negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi meningkatkan kesedaran akan kepentingan pembangunan petempatan manusia yang selesa. KPKT selaku National Focal Point yang bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti berkaitan United Nations Human Settlement Programme (UN-Habitat) di Malaysia sejak tahun 1985 telah terlibat secara aktif dalam penganjuran pelbagai program dan aktiviti sepanjang tahun untuk menjayakan Sambutan Hari Habitat Sedunia ini.

Sempena meraikan Sambutan Hari Habitat Sedunia Tahun 2022 ini, URBANICE Malaysia melalui KPKT berbesar hati memberikan sumbangan 𝐭𝐢𝐠𝐚 (𝟑) 𝐮𝐧𝐢𝐭 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫 𝐦𝐞𝐣𝐚 kepada 5 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terpilih iaitu Majlis Daerah Yan (Kedah), Majlis Daerah Sabak Bernam (Selangor), Majlis Daerah Rompin (Pahang), Majlis Daerah Tampin (Negeri Sembilan) dan Majlis Daerah Pengkalan Hulu (Perak). Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., [Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan] telah menerima sumbangan 𝐭𝐢𝐠𝐚 (𝟑) 𝐮𝐧𝐢𝐭 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫 𝐦𝐞𝐣𝐚 tersebut dari YBhg. Dato KSU KPKT untuk Majlis Daerah Yan.

Turut hadir dalam Majlis ini ialah Encik Che Zulkifili bin Yaacob [Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Yan], Puan TPr. Roslizawati binti Ibrahim [Ketua Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap Majlis Daerah Yan], Puan Nur Izzati binti Mohd Sabri [Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Daerah Yan] dan Puan Hasmiza binti Aziz [Pembantu Akauntan Majlis Daerah Yan].

Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan oleh Majlis Daerah Yan kepada KPKT atas pemberian sumbangan tiga (3)unit komputer meja tersebut.

Skip to content