13 NOVEMBER 2022 (AHAD)

Mesyuarat ini diadakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK, BCK. Pegawai Daerah Yan / Tuan YDP Majlis Daerah Yan.

Mesyuarat ini diadakan sebagai persiapan penganjuran Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2022 Peringkat Negeri Kedah yang dijadualkan berlangsung pada 26 November 2022 (Sabtu) bertempat di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Yan, Kedah.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan Pengerusi dan disusuli dengan Taklimat Cadangan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2022 Peringkat Negeri Kedah oleh TPr Muhammad Nasrul Hadi Bin Jukun Nain, Timbalan Pengarah (Korporat) PlanMalaysia Kedah.Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan laporan oleh beberapa jawatankuasa kecil yang telah ditubuhkan termasuklah Jawatankuasa Induk dan Penyelarasan Teknikal, Persediaan Tempat dan Logistik, Protokol dan Jemputan, Promosi dan Multimedia, Hadiah dan Cenderahati, Pertandingan, Kayuhan Santai, Jamuan dan Pameran.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah wakil Pengarah Pejabat Projek Zon Utara (PPZU), wakil Pengarah JKR Negeri Kedah, wakil Ketua Polis Daerah Yan, wakil Jurutera Daerah JKR Yan, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Yan, wakil Pegawai APM Daerah Yan, Pegawai RELA Daerah Yan dan para pegawai dan urus setia dari PlanMalaysia Kedah.Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penganjur iaitu PlanMalaysia Kedah yang telah memilih Daerah Yan sebagai tuan rumah bagi menjayakan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2022 Peringkat Negeri Kedah.

Skip to content