PROGRAM EXPLORACE TRASH TO CASH DAN JOM BUANG SAMPAH KE DALAM TONG SAMPAH PERINGKAT NEGERI KEDAH.

12 November 2022 (Sabtu) – YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md. Daud, DSDK., SDK., AMK., BCK, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar telah merasmikan Program Explorace Trash To Cash Dan Jom Buang Sampah Ke Dalam Tong Sampah Peringkat Negeri Kedah anjuran SWCorp Kedah di perkarangan Kota Muzium Kuala Kedah. Turut hadir bersama Tuan Nordin bin Amat, Pengarah SWCorp Negeri Kedah, Tuan Mohd Azam bin Abd Hamid, Pengurus Cawangan SWCorp, En. Azhar Bin Mohamaed Noor, Ketua Muzium Kuala Kedah, Encik Mohd Amirul Faiz Bin Hashim, wakil daripada Unit Perkhidmatan E Idaman Alor Setar dan penglibatan 10 sekolah rendah sekitar Kuala Kedah.
 
Antara aktiviti yang dijalankan dalam program tersebut ialah pertandingan explorace, kitar semula dan juga pameran daripada Klinik Kesihatan Kuala Kedah dan Majlis Bandaraya Alor Setar. Sebanyak 298.55KG barang kitar semula berjaya dikumpul dalam program tersebut.
 
Skip to content