17 November 2022 – MPKK mencatat kenangan manis apabila Team Smart Forward telah meraih penganugerahan “GOLD AWARD” dalam pertandingan QCC THE 47th INTERNATIONAL CONVENTION IN QC CIRCLES 2022 JAKARTA anjuran PMMI IQMA pada 15 -18 November 2022 bertempat di Hotel Mecure Ancol, Jakarta. Konvensyen tersebut telah disertai oleh 540 kumpulan dari seluruh Asia Tenggara.

Berbekalkan projek Pembangunan dan Pelaksanaan Permit Pembinaan Ekspres E10 yang dilaksanakan serta semangat kerja berpasukan berjaya membuahkan hasil yang cemerlang kepada organisasi malah memberi impak kepada Negeri Kedah dan Malaysia amnya.

Kejayaan ini sekali lagi telah menaikkan nama MPKK dipersada antarabangsa dalam bidang “QUALITY CONTROL CIRCLE”.

Kredit Team Smart Forward dan Syabas MPKK!

Skip to content