Berita baik untuk anda semua yang berminat untuk menyertai Pertandingan Photojournalism anjuran Majlis Daerah Yan yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Kedah 2022 oleh PLANMalaysia@Kedah.Pertandingan ini bertemakan “Yan Daerah Pelancongan Desa : The Hidden Gems Of Yan” .

Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 23 November 2022 sebelum jam 2 petang. Hadiah lumayan RM300 menanti buat bakal pemenang tempat pertama. Sijil Penyertaan secara digital disediakan kepada para peserta yang menyertai.Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali urus setia, penganjur dan juri pertandingan. Kesemua gambar dan penulisan/ penceritaan yang diserahkan mestilah ASLI dan dihasilkan sendiri oleh peserta.

Maklumat lanjut berhubung pertandingan ini boleh didapati dengan mengimbas QR Code yang disediakan atau klik link https://forms.gle/Jr84iFGhsnZL6yWQ8 untuk mengisi borang penyertaan.Ayuh, bersama kami meriahkan HPBS 2022 ini. Jom sertainya, mungkin anda pemenang yang kami cari !!

Skip to content