Anda rasa video TikTok anda cukup hebat?Jom sertai Pertandingan Video Pendek Kreatif TikTok anjuran Majlis Daerah Yan sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Kedah 2022 oleh PLANMalaysia@Kedah.

Ayuh semua TikTokers sekalian! Serlahkan kreativiti anda dan menangi hadiah utama berjumlah RM300.00. Sijil Penyertaan secara digital disediakan kepada para peserta yang menyertai.Pertandingan ini bertemakan “Yan Daerah Pelancongan Desa : The Hidden Gems Of Yan” . Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 23 November 2022 sebelum jam 2 petang.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali urus setia, penganjur dan juri pertandingan. Kesemua video yang diserahkan mestilah ASLI dan dihasilkan sendiri oleh peserta. Maklumat lanjut berhubung pertandingan ini boleh didapati dengan mengimbas QR Code yang disediakan atau klik link https://forms.gle/986NvFVq3APQ9Y4NA untuk mengisi borang penyertaan.Ayuh, bersama kami meriahkan HPBS 2022 ini. Jom sertainya, mungkin anda pemenang yang kami cari !!

Skip to content