MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR MENERIMA ANUGERAH BANDAR MAMPAN TAHUN 2021 PERINGKAT NEGERI KEDAH

YAN, 26 November – Hari ini telah berlangsung satu lagi Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2022 peringkat negeri yang diadakan di negeri Kedah Darul Aman. Majlis yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Guar Cempedak Yan Kedah ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Mohd Hayati bin Othman Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah, turut hadir YB Ustaz Sabri bin Azit Ahli Parlimen Jerai, YBrs TPr Dr Alias bin Rameli Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa, tetamu kehormat lain serta jemputan-jemputan yang terdiri dari ahli masyarakat.
 
Majlis yang diurusetiakan oleh PLANMalaysia Kedah, Majlis Daerah Yan dan Pejabat Projek Zon Utara ini telah dipadatkan dengan pelbagai acara seperti Senamrobik dan Berbasikal Santai, Pertandingan Video Pendek (tiktok) dan Pertandingan Photojurnalism. Turut telah disampaikan iaitu Penyampaian Anugerah Bandar Mampan Tahun 2021 Peringkat Negeri Kedah, Penyampaian Anugerah Bandar Bahagia dan Anugerah Bandar Berdaya Huni kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat serta beberapa acara terbuka untuk komuniti setempat.
 
Skip to content