26 NOVEMBER 2022

Program HPBS ini telah diadakan pada 26 November 2022 (Sabtu) bermula pada pukul 7.15 pagi sehingga 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Serbaguna Guar Chempedak. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Mohd Hayati bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah. Program ini dianjurkan oleh PLANMalaysia@Kedah dengan kerjasama Pejabat Projek Zon Utara (PPZU), Persatuan Kebajikan AM Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Kedah, Majlis Daerah Yan, Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah dan Daerah Yan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Daerah Yan dan Angkatan Pertahanan Awam Yan. Sambutan HPBS telah menjadi agenda tahunan PLANMalaysia sejak tahun 1988. Pelbagai tema sambutan telah dijayakan dengan meletakkan elemen perancangan bandar dan pembangunan semasa sebagai wadah utama.

Tema sambutan pada tahun 2022 adalah “𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡𝐮𝐧𝐢 – 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧”. Tema ini bertepatan dengan World Urban Forum 1 ( WUF11) yang telah diadakan di Katowice, Poland pada Jun 2022.Terdapat pelbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang program berlangsung. Majlis dimulakan dengan program kayuhan santai sejauh 10 kilometer yang disertai oleh 150 orang peserta termasuklah YB ADUN Sungai Limau, YB Dato Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Ketua Pengarah PlanMalaysia, YBhg. Dato Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Pengarah PlanMalaysia Kedah, para Ahli Majlis dan ketua jabatan Majlis Daerah Yan, para wakil jabatan/ agensi dan komuniti setempat.Selain itu pelbagai aktiviti lain turut disediakan termasuklah pertandingan mewarna kanak-kanak tadika, pertandingan “Fun Game”, pertandingan “Photo Journalism” dan pertandingan Tik Tok Video Pendek Kreatif dengan tema “Yan Daerah Pelancongan Desa : The Hidden Gems Of Yan”, persembahan “Choral Speaking” oleh para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, persembahan nyanyian, cabutan bertuah kayuhan santai serta pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Yan.Program ini juga turut disajikan dengan pameran berunsurkan ilmiah dan infomatif dari Ibu Pejabat PLANMalaysia, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Kedah / Perlis / Pulai Pinang, Majlis Daerah Yan, Pejabat Projek Zon Utara (PPZU), POLIMAS, ANZ Planner Sdn. Bhd. dan MMC Engineering Sdn Bhd.

Di samping itu juga, turut diadakan adalah Majlis Penyampaian Anugerah MURNInets peringkat Negeri Kedah (Bandar Mampan, Bandar Bahagia dan Bandar Berdaya Huni) serta Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Agensi Pembekal Data MURNInets, Penyampaian Mock Up Kajian Pembangunan Semula Kawasan Rekreasi Titi Hayun, Penyampaian Hadiah Pertandingan dan Penyampaian Cenderahati kepada YB Exco Kerajaan Tempatan selaku perasmi Majlis.

Antara tetamu yg hadir dalam program ini adalah YB. Dato’ Dr. Mohd Hayati bin Othman [Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah], YB ADUN Sungai Limau, YBrs. TPr. Dr. Alias bin Rameli [Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa], YBrs. Encik Munizam bin Abdul Aziz [Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah], YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa [Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah], Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah AMK., BCK. [Pegawai Daerah Yan merangkap Yang DiPertua Majlis Daerah Yan], Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar, para Yang DiPertua, Setiausaha Dan Pegawai Perancang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah, Ahli-Ahli Majlis Daerah Yan serta wakil-wakil jabatan / agensi, PBT dan para pegawai PLANMalaysia Semenanjung Malaysia.

Sekalung penghargaan dan setinggi – tinggi ucapan terima kasih dirakamkan kepada PLANMalaysia@Kedah kerana memilih Daerah Yan sebagai lokasi penganjuran program HPBS Peringkat Negeri Kedah Tahun 2022.Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua jabatan dan agensi yang telah membantu kelancaran dan kejayaan program yang sangat bermakna ini.

Skip to content