MAJLIS SERAH TUGAS DATO’ YANG DIPERTUA

Sekitar Majlis Serah Tugas Dato’ Yang Dipertua yang berlangsung pada 1 Disember 2022 (Khamis) jam 9.00 pagi. Majlis Serah Tugas Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, DSDK., SDK., AMK., BCK., ASK., kepada Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., AMK., BCK., telah disempurnakan di hadapan Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK., Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin., DSDK., SDK., AMK., BCK., ASK., atas segala khidmat bakti sepanjang berada di MPSPK. Sekalung ucapan tahniah juga dirakamkan atas pelantikan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) dan selamat berkhidmat diucapkan kepada Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., AMK., BCK., sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah.

Skip to content