MAJLIS PELANCARAN WARDEN LALULINTAS MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

01 Disember 2022 – Majlis Pelancaran Warden Lalulintas Majlis Bandaraya Alor Setar yang telah dirasmikan oleh Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan Negeri diiringi oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar bertempat di Dewan as-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS.
 
Tujuan Warden Lalulintas MBAS ini dilancarkan bagi menguatkuasakan peraturan lalulintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) di Bandaraya Alor Setar seperti isu kesalahan parkir awam, mengambil tindakan ke atas kenderaan terbiar serta kesalahan-kesalahan lalulintas lain yang berlaku di bawah kawasan seliaan MBAS.
 
Hadir sama En. Mohamad Rizal Mohamad Radzi, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan SUK, En. Helmi Yahya, Pegawai Penguatkuasa JPJ Kedah, dan En. Nasrankamil bin Noh, Setiausaha MBAS.
 
Skip to content