LAWATAN PENINGKATAN KERJAYA KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN KE MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH

MPSPK telah menerima lawatan dari MPLBP pada 06 Disember 2022 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Aras 5 Menara MPSPK. Rombongan tersebut disambut mesra oleh Encik Anuar bin Ramli, Ketua Bahagian Hasil selaku wakil bagi pihak MPSPK.

Seramai 42 orang warga kerja MPLBP yang hadir dalam lawatan tersebut yang diketuai oleh Cik Nurfarissa Nabila binti Ab Talib, Penolong Pegawai Penguatkuasa, MPLBP. Turut hadir bersama, Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua Seksyen dalaman MPSPK dan diserikan lagi dengan kehadiran Presiden Cuepacs, Y.Bhg. Dato’ Haji Adnan bin Mat.

Lawatan tersebut bertujuan untuk perkongsian maklumat disamping saling bertukar idea dan pandangan sebagai usaha untuk penambahbaikan perkhidmatan PBT masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada MPLBP atas kesudian menjadikan MPSPK sebagai rakan rujukan.

Skip to content