MAJLIS APRESIASI WARGA SMK TAMAN RIA JAYA

YBhg. Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., AMK., BCK telah merasmikan Majlis Apresiasi Warga SMK Taman Ria Jaya bagi tahun 2022 pada 07 Disember 2022 (Rabu) jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya.

Turut bersama mengiringi YBhg. Dato’ ialah Pengetua SMK Taman Ria Jaya, Puan Suzihana binti Shaharan. Tahniah diucapkan kepada Warga SMK Taman Ria Jaya atas kelancaran majlis tersebut.

Skip to content