PEMAKLUMAN

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, YB. Dr. Robert Ling Kui Ee bersama agensi dan rakan strategik akan mengadakan Santai Bigscreen Final World Cup Qatar 2022. Penutupan jalan akan bermula pada jam 5.00 petang iaitu pada 18 Disember 2022 (Ahad) hingga jam 2.00 pagi pada 19 Disember 2022 (Isnin).

Jalan yang akan ditutup ⛔ adalah :
Jalan Ibrahim (menghala ke Alor Setar) bermula lampu isyarat Stesen Bas Lama hingga lampu isyarat Kompleks SP Plaza

Jalan alternatif yang boleh digunakan ✅ :
Pengguna boleh menggunakan jalan alternatif seperti Jalan Patani dan Jalan Ibrahim (menghala ke Butterworth). Rancang perjalanan dengan sebaiknya bagi memastikan semua berjalan dengan lancar.

Skip to content