Adalah dimaklumkan bahawa sebarang aktiviti riadah, perkhemahan dan sebagainya di kawasan berisiko tinggi termasuk kawasan cerun, pantai, kepala air dan berisiko banjir di bawah pentadbiran MDY DITANGGUHKAN serta-merta berikutan amaran Fenomena Monsun Timur Laut (MTL) yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Metreologi Malaysia (MET Malaysia) pada 16 Disember 2022.

Masyarakat juga dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari berada di kawasan perairan (laut, sungai, tasik dan kolam), menjauhi cerun yang berisiko dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa serta lebih berwaspada dan peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia.

𝐀𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍

𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍
𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍

Skip to content