7 DISEMBER 2022 (RABU)

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 3 Tahun 2022 Majlis Daerah Yan (MDY) ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan pada jam 2.30 petang.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi dan disusuli dengan menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat MBJ MDY Bilangan 2 Tahun 2022 bertarikh 16 Ogos 2022 yang lalu.Agenda mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan laporan maklum balas perkara – perkara berbangkit dari Minit Mesyuarat tersebut, perbincangan perkara-perkara / usul-usul baharu dari pihak Pekerja serta hal-hal lain.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini termasuklah isu-isu yang melibatkan kebajikan pekerja, perjawatan, pengurusan dan keselamatan pejabat. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ketua-Ketua Unit / Jabatan dan wakil-wakil dari pihak pengurusan dan pekerja Majlis Daerah Yan.

Skip to content