15 DISEMBER 2022 (KHAMIS)

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Yan Bilangan 11 Tahun 2022 ini dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. pada jam 10.30 pagi bertempat di Dewan Seminar, D’Yan Chalet, Pusat Peranginan Titi Hayun, Yan, Kedah Darul Aman.

Agenda Mesyuarat Majlis Penuh seterusnya diteruskan dengan aluan Tuan Yang Dipertua Pengerusi dan disusuli dengan agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Majlis Penuh Bilangan 10 Tahun 2022 bertarikh 29 November 2022 lalu serta laporan maklum balas perkara – perkara berbangkit dari Minit Mesyuarat tersebut.

Agenda mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan menerima ketetapan Minit – Minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Dan Jawatankuasa OSC MDY Bilangan 11 Tahun 2022 bertarikh 13 Disember 2022 lalu serta disusuli dengan pembentangan Taklimat Program JENDELA oleh wakil Pengarah SKMM Negeri Kedah.Agenda Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan kertas-kertas kerja dan pelaporan untuk pertimbangan Mesyuarat iaitu :

a. Pembentangan Projek Pemasangan Sistem Solar Photovoltaics (PV) Di Bawah Program Net Energy Metering 3.0 (NEM 3.0) Easy & Sare, Oleh Cypark Renewable Energy.

b. Pembentangan Reka Bentuk Tugu Sempadan Daerah Yan Sumbangan Para Ahli Majlis MDY oleh Jabatan Kejuruteraan MDY.

c. Laporan Pengauditan Pengurusan Pembayaran Gaji oleh Unit Audit Dalam MDY.

d. Kertas Kerja Keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Berkaitan Senarai Nilaian Pegangan Baharu Berkuatkuasa 1 Januari 2023 Bagi Majlis Daerah Yan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MDY.

e. Kertas Kerja Cadangan Penetapan Kadar Sewa Baharu Bagi Premis Majlis Daerah Yan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MDY.

f. Kertas Kerja Pelaksanaan Bazar Ramadhan Daerah Yan tahun 1444H/2023M oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran MDY.

g. Kertas Kerja Pelaksanaan Bazar Raya Aidilfitri Daerah Yan tahun 1444H/2023M oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran MDY.

h. Kertas Kerja Cadangan Pelaksanaan Kutipan Dokumen Permohonan/Pembaharuan Lesen Bagi Penjaja Pekan Sehari Dan Pasar Malam Di Bawah Majlis Daerah Yan Yang Dikendalikan Oleh Penganjur Iaitu Syarikat One Hermano Enteprise oleh Jabatan Penguatkuasaan MDY.

i. Kertas Kerja Peranan Penjawat Awam Berkenaan Kerahsian Maklumat oleh Jabatan Khidmat Pengurusan MDY.

j. Kertas Kerja Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam-Penambahbaikan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat oleh Jabatan Khidmat Pengurusan MDY.

k. Kertas Kerja Pemakluman Penganjuran Kursus, Latihan atau Seminar Oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah Darul Aman oleh Jabatan Khidmat Pengurusan MDY.

l. Kertas Kerja Etika Pemasangan dan Pengibaran Bendera Negeri Kedah Serta Jalur Gemilang Di Premis-Premis Kerajaan oleh Jabatan Khidmat Pengurusan MDY.

Mesyuarat diteruskan dengan Majlis Penyerahan Chalet Angkat, D’Yan Chalet, kepada Ahli-Ahli Majlis (Politik) dan Ketua Jabatan / Unit Majlis Daerah Yan yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK. Program chalet angkat ini diadakan adalah merupakan inisiatif pengurusan Majlis Daerah Yan dalam menambahbaik pengurusan D’Yan Chalet dari segi kebersihan, keceriaan dan penyelenggaraan kemudahan chalet tersebut.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah YB Ustaz Sabri bin Azit (Ahli Parlimen Jerai), Ahli-ahli Majlis MDY (politik dan ex-officio), Tuan Setiausaha MDY, Ketua-Ketua Jabatan / Unit MDY dan urus setia mesyuarat yang terlibat.Tuan YDP Pengerusi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir di atas komitmen tinggi dan kerjasama padu yang diberikan sepanjang mesyuarat berlangsung.

Skip to content