15 DISEMBER 2022 (KHAMIS)

Program Kayuhan Santai Jerai Geopark 3.0 Tahun 2022 ini telah diadakan pada pukul 7.30 pagi bermula di Dataran Kaki Gunung Jerai ke Rimba Rekreasi Lubuk Kawah.Rimba Rekreasi Lubuk Kawah ini yang terletak di Sungai Teroi dan merupakan lokasi Jerai Geopark terbaru yang boleh dilawati oleh para pelancong ke Daerah Yan.

Keunikan batu batan semula jadi serta air terjun yang terdapat di Rimba Rekreasi Lubuk Kawah tersebut amat sesuai untuk dijadikan kawasan mandi manda dan aktiviti beriadah bersama keluarga. Lokasi ini adalah merupakan lokasi menarik Dan indah yang sesuai untuk dikunjungi selain dari Peranginan Seri Perigi dan Peranginan Titi Hayun.

Antara kemudahan – kemudahan yang disediakan termasuklah tempat letak kenderaan, tapak perkhemahan, wakaf, tandas, kenderaan ATV dan laluan ATV mengelilingi Rimba Rekreasi tersebut.Program seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dan ianya merupakan antara usaha untuk meneroka dengan lebih dekat terhadap sumber-sumber pelancongan yang terdapat di daerah Yan di samping membantu untuk mempromosikannya kepada para pengunjung ke Daerah Yan .

Program ini telah dihadiri oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., Ahli-Ahli Majlis Daerah Yan, Ketua-Ketua Jabatan & Unit serta para warga kerja Majlis Daerah Yan.

Skip to content