MAJLIS ANGKAT SUMPAH PEGAWAI DAERAH KUALA MUDA DAN YANG DIPERTUA MPSPK

Sekitar Majlis Angkat Sumpah Encik Ilias bin Shuib, AMK., BCK sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda dan Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus, DSDK., AMK., BCK sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah pada 20 Disember 2022 (Selasa) bertempat di Bilik Gerakan, MPSPK. Majlis Angkat Sumpah telah diadakan di hadapan barisan Ahli-Ahli Majlis MPSPK.

Turut hadir, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian MPSPK. Majlis Perbandaran Sungai Petani mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat kepada Encik Ilias bin Shuib dan Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus.

Skip to content