LAWATAN DEWAN BANDARAYA KUCHING KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

08 Disember 2022 – Majlis Bandaraya Alor Setar telah menerima lawatan daripada Dewan Bandaraya Kuching pada hari ini. Lawatan ini melibatkan 14 pegawai Dewan Bandaraya Kuching yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman pihak MBAS dalam amalan pengurusan kawalan keselamatan khususnya bagi kawalan keselamatan yang berkesan dan efektif.
Pihak MBAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuching di atas lawatan ini dan diharapkan dapat bertemu lagi pada masa yang akan datang.
 
Skip to content